21 July, 2010

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BULAN OGOS 2010

KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI & PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (PP&PPD)



Kursus Induksi Pegawai Pegawai Penilai & Pegawai Pengesah Dalaman ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Pegawai Penilai & Pegawai Pengesah Dalaman atau Pengurus Pusat Bertauliah.

Kursus Induksi ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai Sistem Pentauliahan yang dijalankan di Pusat-Pusat Bertauliah (JPK). Dengan pendedahan ini, setiap peserta dapat mengetahui bagaimana kaedah atau cara-cara verifikasi serta melaksanakan program latihan yang akan dijalankan di Pusat-Pusat Bertauliah JPK.

Kursus Induksi ini dijalankan selama 2 hari ( Selasa & Rabu ).
Berikut adalah tarikh yang akan diadakan Kursus Induksi PP/PPD.

Tarikh          :       3 - 4 OGOS 2010 ( SELASA & RABU )
Tempat        :      VIS MECHATRONIC  
                             NO 58B & 60A JLN RIA 25/62 
                            TAMAN SRI MUDA 
                             40400 SHAH ALAM SELANGOR


Masa          :       9.00 pagi - 5.30 petang
Bayaran      :      RM 350.00 seorang peserta .