24 August, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalammualaikum , dikesempatan ini smartmastertrainer mengucapkan 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

20 August, 2011

KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI & PEGAWAI PENGESAH DALAMAN & PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PP/PPD/PPB)

KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI PENILAI / PEGAWAI PENGESAH DALAMAN / PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PP/PPD/PPB)
______________________________________________________________________

Tempat             :  HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA.

Tarikh               :  24 - 25 SEPTEMBER 2011 (SABTU & AHAD)
Masa                 :  8.30 am - 5.00 pm
Yuran Kursus  :  RM 350.00 seorang.

Sila hubungi En. Mohamad Hisham Hashim 012-9171808 (pegawai penyelaras kursus) 

11 August, 2011

KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 ( VTO-I-031-3)


Kursus VTO - Pegawai Latihan Vokasional Tahap 3 akan diadakan pada masa, tempat seperti berikut :

Tarikh mula    :  20 / 8 / 2011 - 26 / 8 / 2011 ( siri 1 )
Masa                : 9.00 am - 6.00 pm / 10.00 pm - 11.30 pm
Tempat            : Imperia Kolej, Taman Indera Sempurna, Kuantan , pahang.
KOLEJ IMPERIA RESORT, TAMAN INDERA SEMPURNA, KUANTAN, PAHANG. 



Bayaran termasuk :

1. Bayaran daftar JPK,
2. Nota-nota Kursus,
3. Buku Log,
4. Fail Portfolio
5. Penyeliaan ketika Internship.

Syarat Peserta : 


Tenaga Pengajar SKM atau sesiapa individu yang berminat yang ingin menjadi sebagai Tenaga Pengajar.
  • Sijil Kemahiran Malaysia Minima Tahap 2
Keterangan mengenai kursus I-031-3 :
• Dikuatkuasakan pada Februari 2005 MLVK/T100L(P4)
• Diwajipkan kepada semua Pegawai Penilai Sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia.
• Supaya Pegawai Penilai Kompeten dalam proses penyampaian (Methodologi) latihan vokasional.


Peluang Kerjaya :


• Berpeluang menjadi tenaga pengajar di Pusat-Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
• Berpeluang sebagai pengajar bebas di mana-mana pusat latihan swasta.

• Berkemahiran di dalam teknik mengajar dengan metadologi yang bersistematik.

• Berpeluang untuk mempertingkatkan ilmu pengajaran yang dinamik.

• Berpeluang untuk membuka atau membangunkan Pusat Latihan Kemahiran di dalam bidang kemahiran tertentu, dimana Sijil Teknik Mengajar (Pegawai Latihan Vokasional I-031-3) adalah pra-syarat untuk tujuan tersebut.


KANDUNGAN MODUL
Peserta kursus akan menjalani kursus sepenuh atau separuh masa selama tempoh 360 jam Teori dan 720 jam Amali. Kursus ini boleh dijalankan di Pusat Bertauliah peserta ataupun penganjur.


Peserta kursus akan mengikuti Kuliah Teori dimana terdapat 11 tajuk modul yang telah disusunatur dan diselaras oleh pihak JPK. 
Tajuk modul adalah seperti berikut :


Modul 1 – Supervision, Mentering, Coaching & Councelling

Modul ini menerangkan bagaimana seorang pengajar perlu tahu untuk mengawalselia pelatih dengan kaedah memberi nasihat, motivasi, mentor, melatih, menyelia dan kaunseling pelatih supaya pelatih dapat menyesuaikan diri mereka dan boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang diikutinya.


Modul 2 – Training Safety and Security Administration

Modul ini menerangkan bagaimana seorang pengajar perlu tahu untuk menguruskan pengawalan keselamatan dan kesihatan yang sihat di tempat kerja dan boleh membuat tuntutan kemalangan yang berlaku.







Modul 3 – Designing Program 

Modul ini menerangkan bagaimana membuat Analisa Pekerjaan dan Analisa Pengajaran dengan membangunkan garis panduan kursus serta membangunkan Pengajian Kursus (Course Of Study) dan menyediakan Jadual Latihan mengikut bidang kursus peserta. 


Modul 4 – Teaching and Learning Resources development  

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah untuk menyedia dan membangunkan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah membangunkan bahan penulisan pembelajaran (Written Instructional Material). Setelah menyedia dan membangunkan bahan pengajaran, peserta juga ditunjukajar bagaimana untuk menyedia Plan Mengajar dan Alat Bantuan Mengajar bagi tujuan persediaan sebelum memulakan sesi pembelajaran.



Modul 5 – Assessment Tools Development

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah untuk membangunkan serta menyediakan bahan Penilai Pengetahuan dan Prestasi serta perancangan untuk menjalankan sesi penilaian Teori (pengetahuan) dan Amali (Prestasi).




Modul 6- Instructional Delivery 

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah penyediaan kemudahan pengajaran & pembelajaran dan menjalankan sesi latihan persembahan pembelajaran Teori dan Amali. Modul ini penting bagi seorang pengajar dimana penilaian persembahan akan dijalankan oleh Pegawai Penilai terhadap peserta.


 Modul 7 – Implementation of Competency Based Training (CBT)

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah menjalankan Latihan Berasaskan Ketrampilan. Dimana peserta perlu merancang, menguruskan, membangunkan, menjalankan serta menilai latihan berasaskan ketrampilan.

Modul 8 – Training Facility Maintenance 

Modul ini menerangkan kepada peserta bagaimana tugas sebagai seorang pengajar perlu menguruskan penyelenggaraan dan mengemaskini kemudahan latihan serta menyediakan permohonan pembelian peralatan, bahan latihan serta alatan tangan bagi melancarkan program latihan kepada pelatih. 



Modul 9 – Implementation Of Assessment

Modul ini menerangkan kepada peserta bagaimana untuk menjalankan sesi Penilaian Pengetahuan di Bilik Kuliah dan Penilaian Prestasi di Bengkel atau di Makmal kepada pelatih.





Modul 10 – Validation Of Assessment
Modul ini adalah kesinambungan dari modul 5 dan 9 dimana modul ini menerangkan kepada peserta mengenai analisa keputusan hasil dari Penilaian Ujian Pengetahuan dan Prestasi perlu dibuat bagi menyatakan gred bagi setiap pelajar serta penentuan kualiti pembelajaran tersebut berdasarkan hasil penilaian. Dimana peserta perlu menyediakan laporan hasil analisa keputusan tersebut.

Modul 11 – Co-Curiculum Activities

Modul ini menerangkan bagaimana seorang tenaga pengajar perlu menyedia, mengurus, menjalankan serta menilai aktiviti ko-kurikulum di Pusat Bertauliah terhadap pelatih. Ini bertujuan agar setiap kumpulan pelatih dapat membina jatidiri melalui aktiviti ko-kurikulum yang diikuti samada melalui Pasukan Beruniform, Persatuan atau kelab.



Sila hubungi kami 012-9171808, untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda.