KURSUS PENYELIAAN (SUPERVISORY)

PENYELIA
Penyelia merupakan golongan pegawai yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka adalah penggerak, perancangan utama dan berfungsi sebagai tulang belakang bagi operasi organisasi dan mereka juga adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihak pengurusan. Kejayaan seorang penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka dengan yakin sudah pasti akan membawa kejayaan kepada organisasi secara keseluruhan.

Tentang apakah kursus ini?

Justeru itu, kursus "Kemahiran Penyelia Yang Berkesan" adalah satu pilihan kursus untuk melatihkan diri supaya dapat melaksanakan tugas yang lebih mencabar dan memikul tanggungjawab yang lebih berat di setiap masa. Pemupukkan dan penyuburan budaya prestasi kerja yang cemerlang dapat dilaksanakan melalui pengasuhan bakat tenaga kerja profesional, perancangan haluan perkembangan kerjaya dan perkongsian pengalaman dalam penyempurnaan tugas setiap organisasi.

Objektif:

  • Memahami peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas seorang penyelia dan pemimpin kumpulan kerja dalam sesuatu organisasi.
  • Mengenalpasti sikap dan ciri-ciri yang perlu dibina ke arah menjadi seorang penyelia yang berkesan.
  • Menyusun dan membahagikan kerja-kerja operasi secara lebih efektif dan produktif.
  • Mewujudkan kakitangan yang matang dan bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar dalam proses kenaikan pangkat.
  • Memperturunkan ilmu, pengalaman, ketrampilan peribadi dan kemahiran pihak pengurusan atasan kepada pegawai-pegawai di bawahnya sebagai usaha untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Metodologi Pembelajaran

Program ini akan dipersembahkan melalui cara pembelajaran Realisasi-Diri, Pengalaman Pembelajaran dan Kerja-Sambil-Belajar. Para peserta akan menjalani pelbagai analisasi untuk menyedari kekuatan dan kelemahan diri sebagai seorang penyelia. Kemudian, para peserta akan menpelajari pelbagai teknik-teknik penyeliaan dari pelbagai activiti seperti permainan perseorangan atau berkumpulan, video persembahan, dan perbincangan kumpulan. Akhirnya, pelatih akan membantu para peserta menyesuaikan teknik-teknik yang diperlajari dapat dilaksanakan di tempat kerja.
Metodologi Pembelajaran
Nisbah aktiviti kursus boleh dianggarkan kepada 30% kuliah dan 70% aktiviti pembelajaran aktif. Activiti pembelajaran aktif merangkumi:
  • Penilaian individu
  • Perbincangan kumpulan
  • Permainan pendidikan
  • Video persembahan
  • Berkongsi pengalaman secara interaktif
  • Brainstorming

12 Modul Yang Penting Anda Akan Pelajari Dalam Kursus ini

Modul 1
Kesedaran diri dan Penilaian tanggungjawab sebagai seorang penyelia.
* Analisa diri - Kekuatan dan kelemahan diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penyelia yang berkesan.
Modul 2
Kajian analisis tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seseorang Penyelia di pekerjaaan secara umum.
* Permainan kumpulan - Pemahaman penyelia.
Modul 3
Kepentingan nilai-nilai kepimpinan untuk seseorang penyelia.
* Permainan - Kepimpinan kumpulan
Modul 4
Keberkesanan pengunaan sistem komunikasi bagi menjadi seorang penyelia yang berkesan.
* Kerja kumpulan - Pengunaan pendengaran dengan teliti .
Modul 5
Memahami sistem-sistem yang boleh digunakan oleh seorang penyelia demi memberi perkhidmatan yang berkesan.
* Kerja kumpulan - Mengendalikan suatu projek
Modul 6
Memahami sistem pembahagian kerja yang berkesan.
* Perbincangan dan soal-jawab
Modul 7
Pengunaan dan pengurusan masa adalah faktor penting bagi seorang penyelia.
* Permainan kumpulan - Ujikaji pengunaan masa
Modul 8
Analisis pekerjaan semasa bagi anda sebagai seorang penyelia
Modul 9
Proses pengurusaan pekerjaan dan pekerja semasa.
Modul 10
Cara yang produktif untuk mengadakan mesyuarat dengan pekerja anda.
Modul 11
Mencipta carta atau garis panduan kehidupan tanggungjawab seorang Penyelia untuk kejayaan berkekalan.
* Perbincangan dan soal-jawab
Modul 12
Kesimpulan kursus penyelia yang berkesan.

Siapa yang patut hadir

Eksekutif, Jurutera, Penyelia, Ketua Kumpulan, dan mereka yang ingin meningkatkan produktiviti dan keberkesanan di tempat kerja mereka.

Saiz Kursus

Pendaftaran hanya dihadkan kepada 20 orang. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami .

Pembiayaan HRDF

Kursus ini boleh dituntut dari HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila merujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian.

Bayaran Kursus $$

RM 1290.00 setiap peserta. Bayaran ini termasuk semua alatan dan bahan pembelajaran. Makan tengah hari disediakan.

No comments: