PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA

Perniagaan & Persekitarannya
Pengenalan Kepada Perniagaan

Definisi Perniagaan

  • Aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.

Empat Konsep Asas Perniagaan

1.         Barangan dan perkhidmatan
  • Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan,makanan,pakaian dan sebagainya.
  • Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan , insurans, pelancongan dan sebagainya.
  • Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia.

2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
  • Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya .
  • Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah sebagainya .
  • Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.

3. Pertukaran nilai
  • Merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.
  • Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
  • Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

4. Keuntungan perniagaan
  • Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
  • Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
  • Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.


Perniagaan dan bukan perniagaan

Perniagaan bermotifkan keuntungan (lihat definisi perniagaan), contoh perniagaan: Proton, KFC,Petronas dsb. Selain keuntungan, objektif lain adalah:
  • Penakatan(survival)   
    • Untuk terus beroperasi di pasaran.
  • Pertumbuhan
    • Untuk memajukan/mengembangkan syarikat seperti pembukaan beberapa cawangan.
  • Tanggungjawab sosial
    • Komitmen oleh pihak syarikat  memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam seperti mengawal pencemaran persekitaran

Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.
Dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu agensi kerajaan dan badan sukarela.

  • Agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, seperti hospital,sekolah, bomba dsb.
  • Badan sukarela yang ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yang bertujuan untuk menjaga kepentingan ahli dan memberi perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum, seperti FOMCA,PEMADAM,Greenpeace dsb.




Jadual 1.0 Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan

Dimensi
         Perniagaan
            Bukan  Perniagaan
Matlamat utama
Keuntungan
Kebajikan ahli dan kesejahteraan awam
Sumber kewangan
  • keuntungan
  • modal
  • pinjaman
Yuran dan bantuan
Aktiviti
Jual beli
Perkhidmatan masyarakat
Cukai
Dikenakan atas keuntungan
dikecualikan


Kepentingan  bukan perniagaan kepada perniagaan:
  • Menyediakan kemudahan asas.
  • Menyediakan tapak perniagaan.
  • Memberi perlindungan dan keselamatan.
  • Mengurangkan masalah sosial.
  • Menyediakan maklumat-maklumat dan memberi khidmat masyarakat.



Kepentingan perniagaan kepada bukan perniagaan:
  • Membiayai aktiviti bukan perniagaan seperti cukai, derma.
  • Menyediakan barangan dan perkhidmatan.
  • Membantu dalam menyediakan infrastruktur awam.
  • Menggunakan perkhidmatan bukan perniagaan.

 Perniagaan dan Untung

  • Untung merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan setelah jumlah perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil.

Kepentingan keuntungan kepada perniagaan:

  • Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko.
  • Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan perniagaan (survival)-pelaburan semula keuntungan.
  • Tahap keuntungan melambangkan imej/kecemerlangan syarikat.
  • Matlamat dan hala tuju-ukuran kepada prestasi perniagaan.
  • Keyakinan/dorongan kepada pelabur.
  • Menyumbang kepada pembangunan kawasan setempat.

Perniagaan dan Ekonomi

Kepentingan aktiviti perniagaan terhadap ekonomi:

  • Mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
  • Memberi pendapatan kepada negara-melalui sebarang cukai perniagaan.
  • Mewujudkan dan mengembangkan industri sokongan.
  • Mewujudkan penempatan baru atau Bandar baru.
  • Menstabilkan harga barang.
  • Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur, pengangkutan dan perhubungan.


Keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah perniagaan:

  • Ekonomi yang stabil melalui politik dalam Negara yang stabil.
  • Sistem kewangan atau perbankkan yang liberal
    • kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
  • kuasa beli pengguna yang tinggi
    • menjamin permintaan terhadap keluaran perniagaan sentiasa tinggi.
  • Nilai mata wang yang stabil
    • tidak perlu menanggung kos yang tinggi bila mengimport  barangan daripada luar.
  • Penawaran pelbagai insentif bagi mempromosikan aktiviti pelaburan seperti taraf perintis.

Perniagaan dan Masyarakat

Peranan perniagaan terhadap masyarakat;
  • Menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
  • Memberi pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat  dengan menyediakan peluang pekerjaan.
  • Melibatkan dalam aktiviti sosial seperti derma , penajaan sebagainya .
  • Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan, taman rekreasi sebagainya .
  • Menjaga alam sekitar daripada terjejas akibat aktiviti perniagaan.

  
Perniagaan dan Kerajaan

  • Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan
  • Mengeluarkan lesen perniagaan- perniagaan beroperasi.
  • Menyediakan infrastruktur untuk kemudahan perniagaan- jalan raya, pelabuhan sebagainya .
  • Menyediakan kawasan industri dan lokasi perniagaan- zon perdagangan, tapak kilang sebagainya.
  • Menyediakan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan- MARA, bank pertanian dan lain-lain.
  • Menyediakan dasar,peraturan dan prosedur- persaingan yang sihat.
  • Menbangunkan teknologi dan penyelidikan- MARDI,SIRIM, universiti.

Kepentingan perniagaan kepada kerajaan.

  • Mendapat cukai-aktiviti pembangunan negara.
  • Peluang pekerjaan dan mengurangkan pengganguran.
  • Menyediakan barangan dan perkhidmatan kpd kerajaan-kenderaan.
  • Menstabilkan dan meningkatkan ekonomi negara.
  • Membina imej dan daya saing negara-aktiviti ekspot, barangan berkualiti.

Faktor Pengeluaran  

  • Tanah –
    • Digunakan untuk tapak perniagaan dan mendapatkan bahan mentah.
  • Buruh –
    • Individu yang menyumbangkan masa,tenaga dan kemahiran dalam aktiviti perniagaan..
  • Modal –
    • Sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan kekayaan dalam aktiviti perniagaan.(wang atau aset).
  • Keusahawanan –
    • Individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan jauh dalam perniagaan.
  • Teknologi –
    • Kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa.

Memenuhi Keperluan Dengan Sumber Terhad

  • Usahawan perlu mengusai ilmu pengurusan perniagaan supaya pengurusan lebih cekap.
  • Kaedah pengeluaran yang paling cekap- samada memilih kaedah berintensifkan buruh atau berintensifkan modal.
  • Strategi pemasaran yang sesuai dalam mengagihkan keluaran kepada pengguna berpotensi.
  • Memberi keutamaan kepada pengeluaran yang dijangka dapat memberikan pulangan yang banyak.
  • Menabung untuk kegunaan masa depan.


No comments: