01 October, 2012

KURSUS VTO SESSI PENGAMBILAN DISEMBER 2012

KURSUS PEMBANGUNAN TENAGA PENGAJAR (VTO)

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus Pegawai Latihan Vokasional Tahap 3 (VTO) yang akan dijalankan pada tarikh masa seperti berikut :

Tarikh Mula         :  1 Disember 2012  ( Sabtu & Ahad )
Masa                   :   IKBN Chembong, 
                                71300  Rembau, Negeri Sembilan.


Metadologi kelas :

1. Syarahan oleh Tenaga Pengajar Pakar didalam metadologi pedagogy.
2. Tugasan kerja berkumpulan oleh peserta kursus.
3. Tugasan Individu.
4. Persembahan penyampaian tugasan Individu.
5. Penilaian Pengetahuan & Penilaian Prestasi bagi setiap peserta.

Sila bawa dokumen (Tujuan pendaftaran JPK)

1. Salinan KP.
2. Resume .
3. Salinan Sijil SKM ( sekurang-kurangnya Tahap 2)  

SILA HUBUNGI :     012-9171808 (En. Mohamad Hisham - Penyelaras Program)


02 September, 2012

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PP/PPD/PPB & PPL

KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI PENILAI & PEGAWAI PENGESAH DALAMAN & PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PP/PPD/PPB)
______________________________________________________________________

Tempat             :  HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA.

Tarikh               :  29 & 30 / 9 / 2012 (SABTU & AHAD)
Masa                 :  8.30 am - 5.00 pm
Yuran Kursus     :  RM 400.00 seorang.

Sila hubungi En. Mohamad Hisham Hashim 012-9171808 (pegawai penyelaras kursus)

KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
______________________________________________________________________

Tempat             :  HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA.

Tarikh               :  29 & 30 / 9 / 2012 (SABTU & AHAD)
Masa                 :  8.30 am - 5.00 pm
Yuran Kursus     :  RM 400.00 seorang.

Sila hubungi En. Mohamad Hisham Hashim 012-9171808 (pegawai penyelaras kursus)

08 June, 2012

KURSUS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN - PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL - VTO (I-031-3)

MAKLUMAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (VTO-I-031-3). 

TARIKH   MULA      : 
1 SEPTEMBER 2012

HARI               :      
SABTU

MASA             :      
9.00 pagi - 6.00 petang

TEMPAT        :      
BAK'S CREATION & SERVICES SDN. BHD.
31-1 Jln Tmn Komersil Senawang 7,
Tmn Komersil Senawang Seremban N.Sembilan DarulKhusus.

Terdapat 2 jenis kaedah kelas yang akan dijalankan, iaitu:

1.  Kelas Hujung Minggu , iaitu setiap Sabtu & Ahad.
2.  Kelas Sepenuh Masa bermula Hari Isnin hingga Jumaat .

Metadologi kelas :

1. Syarahan oleh Tenaga Pengajar Pakar didalam metadologi pedagogy.
2. Tugasan kerja berkumpulan oleh peserta kursus.
3. Tugasan Individu.
4. Persembahan penyampaian tugasan Individu.
5. Penilaian Pengetahuan & Penilaian Prestasi bagi setiap peserta.

Sila bawa dokumen (Tujuan pendaftaran JPK)

1. Salinan KP.
2. Resume .
3. Salinan Sijil SKM ( sekurang-kurangnya Tahap 2)  

SILA HUBUNGI :     012-9171808 (En. Mohamad Hisham - Penyelaras Program)

26 April, 2012

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PP/PPD/PPB

KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI PENILAI & PEGAWAI PENGESAH DALAMAN & PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PP/PPD/PPB)
______________________________________________________________________

Tempat             :  HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA.

Tarikh               :  27 - 28 / 4 / 2013 (SABTU & AHAD)
Masa                 :  8.30 am - 5.00 pm
Yuran Kursus     :  RM 350.00 seorang.

Sila buat tempahan awal memandangkan tempat duduk adalah terhad.


Sila hubungi En. Mohamad Hisham Hashim 012-9171808 (pegawai penyelaras kursus)

13 March, 2012

KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 (VTO-I-031-3)

Kursus VTO - Pegawai Latihan Vokasional Tahap 3 akan diadakan pada masa, tempat seperti berikut :

Tarikh mula     :  

21 APRIL 2012
  

Kaedah Pembelajaran :
Sepenuh Masa.


Masa                : 
9.00 am - 11.00 pm
 

Tempat            : 
HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA



Bayaran termasuk :

1. Bayaran daftar JPK,
2. Nota-nota Kursus,
3. Buku Log,
4. Fail Portfolio
5. Penyeliaan ketika Internship.
6. Penginapan (4 sharing)
7. Makan/minum
8. Pembelajaran.


Syarat Peserta : 

Tenaga Pengajar SKM atau sesiapa individu yang berminat yang ingin menjadi sebagai Tenaga Pengajar  atau Pegawai Penilai.

Keterangan mengenai kursus I-031-3 :

• Dikuatkuasakan pada Februari 2005 MLVK/T100L(P4)
• Diwajipkan kepada semua Pegawai Penilai Sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia.
• Supaya Pegawai Penilai Kompeten dalam proses penyampaian (Methodologi) latihan vokasional.



Peluang Kerjaya :

Berpeluang menjadi tenaga pengajar di Pusat-Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

• Berpeluang sebagai pengajar bebas di mana-mana pusat latihan swasta.

• Berkemahiran di dalam teknik mengajar dengan metadologi yang bersistematik.

• Berpeluang untuk mempertingkatkan ilmu pengajaran yang dinamik.

• Berpeluang untuk membuka atau membangunkan Pusat Latihan Kemahiran di dalam bidang kemahiran tertentu, dimana Sijil Teknik Mengajar (Pegawai Latihan Vokasional I-031-3) adalah pra-syarat untuk tujuan tersebut.


KANDUNGAN MODUL :

Peserta kursus akan menjalani kursus sepenuh atau separuh masa selama tempoh 360 jam Teori dan 720 jam Amali. Kursus ini boleh dijalankan di Pusat Bertauliah peserta ataupun penganjur.

Peserta kursus akan mengikuti Kuliah Teori dimana terdapat 11 tajuk modul yang telah disusunatur dan diselaras oleh pihak JPK. 


Tajuk modul adalah seperti berikut :



Modul 1 – Supervision, Mentering, Coaching & Councelling

Modul ini menerangkan bagaimana seorang pengajar perlu tahu untuk mengawalselia pelatih dengan kaedah memberi nasihat, motivasi, mentor, melatih, menyelia dan kaunseling pelatih supaya pelatih dapat menyesuaikan diri mereka dan boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang diikutinya.


 
Modul 2 – Training Safety and Security Administration

Modul ini menerangkan bagaimana seorang pengajar perlu tahu untuk menguruskan pengawalan keselamatan dan kesihatan yang sihat di tempat kerja dan boleh membuat tuntutan kemalangan yang berlaku.





Modul 3 – Designing Program 

Modul ini menerangkan bagaimana membuat Analisa Pekerjaan dan Analisa Pengajaran dengan membangunkan garis panduan kursus serta membangunkan Pengajian Kursus (Course Of Study) dan menyediakan Jadual Latihan mengikut bidang kursus peserta. 


Modul 4 – Teaching and Learning Resources development  

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah untuk menyedia dan membangunkan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah membangunkan bahan penulisan pembelajaran (Written Instructional Material). Setelah menyedia dan membangunkan bahan pengajaran, peserta juga ditunjukajar bagaimana untuk menyedia Plan Mengajar dan Alat Bantuan Mengajar bagi tujuan persediaan sebelum memulakan sesi pembelajaran.



Modul 5 – Assessment Tools Development

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah untuk membangunkan serta menyediakan bahan Penilai Pengetahuan dan Prestasi serta perancangan untuk menjalankan sesi penilaian Teori (pengetahuan) dan Amali (Prestasi).




Modul 6- Instructional Delivery 

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah penyediaan kemudahan pengajaran & pembelajaran dan menjalankan sesi latihan persembahan pembelajaran Teori dan Amali. Modul ini penting bagi seorang pengajar dimana penilaian persembahan akan dijalankan oleh Pegawai Penilai terhadap peserta.


  

Modul 7 – Implementation of Competency Based Training (CBT)

Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah menjalankan Latihan Berasaskan Ketrampilan. Dimana peserta perlu merancang, menguruskan, membangunkan, menjalankan serta menilai latihan berasaskan ketrampilan.

Modul 8 – Training Facility Maintenance 

Modul ini menerangkan kepada peserta bagaimana tugas sebagai seorang pengajar perlu menguruskan penyelenggaraan dan mengemaskini kemudahan latihan serta menyediakan permohonan pembelian peralatan, bahan latihan serta alatan tangan bagi melancarkan program latihan kepada pelatih. 



Modul 9 – Implementation Of Assessment

Modul ini menerangkan kepada peserta bagaimana untuk menjalankan sesi Penilaian Pengetahuan di Bilik Kuliah dan Penilaian Prestasi di Bengkel atau di Makmal kepada pelatih.





Modul 10 – Validation Of Assessment
Modul ini adalah kesinambungan dari modul 5 dan 9 dimana modul ini menerangkan kepada peserta mengenai analisa keputusan hasil dari Penilaian Ujian Pengetahuan dan Prestasi perlu dibuat bagi menyatakan gred bagi setiap pelajar serta penentuan kualiti pembelajaran tersebut berdasarkan hasil penilaian. Dimana peserta perlu menyediakan laporan hasil analisa keputusan tersebut.

 



Modul 11 – Co-Curiculum Activities

Modul ini menerangkan bagaimana seorang tenaga pengajar perlu menyedia, mengurus, menjalankan serta menilai aktiviti ko-kurikulum di Pusat Bertauliah terhadap pelatih. Ini bertujuan agar setiap kumpulan pelatih dapat membina jatidiri melalui aktiviti ko-kurikulum yang diikuti samada melalui Pasukan Beruniform, Persatuan atau kelab.

05 March, 2012

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN - PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
______________________________________________________________________

Tempat             :  HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA.

Tarikh               :  31/3/2012 - 1/4/2012 (SABTU & AHAD)
Masa                 :  8.30 am - 5.00 pm
Yuran Kursus :  RM 350.00 seorang.

Sila hubungi En. Mohamad Hisham Hashim 012-9171808 (pegawai penyelaras kursus) 



16 December, 2011

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN - PP/PPD/PPB

KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI PENILAI / PEGAWAI PENGESAH DALAMAN / PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PP/PPD/PPB)
_________________________________________________________

Tempat             :  HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA.

Tarikh               :  25 - 26 FEBRUARI  2012 (SABTU & AHAD)
Masa                 :  8.30 am - 5.00 pm
Yuran Kursus  :  RM 350.00 seorang.


Pihak kami menyediakan pakej penginapan untuk 1 malam Twin Sharing Room kos Yuran RM450.00/seorang (Termasuk penginapan+makan/minum)


Sila hubungi En. Mohamad Hisham Hashim 012-9171808 (pegawai penyelaras) 

29 November, 2011

KURSUS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL - VTO - I-031-3

Kursus VTO - Pegawai Latihan Vokasional Tahap 3 akan diadakan pada masa, tempat seperti berikut :

Tarikh mula     :  

9 JANUARI 2012
  

Masa                : 
9.00 am - 11.00 pm
 

Tempat            : 
BAK'S CREATION & SERVICES SDN. BHD.,
SENAWANG TAIPAN, SENAWANG, NEGERI SEMBILAN.



Bayaran termasuk :

1. Bayaran daftar JPK,
2. Nota-nota Kursus,
3. Buku Log,
4. Fail Portfolio
5. Penyeliaan ketika Internship.


Syarat Peserta : 

Tenaga Pengajar SKM atau sesiapa individu yang berminat yang ingin menjadi sebagai Tenaga Pengajar.

Keterangan mengenai kursus I-031-3 :

• Dikuatkuasakan pada Februari 2005 MLVK/T100L(P4)
• Diwajipkan kepada semua Pegawai Penilai Sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia.
• Supaya Pegawai Penilai Kompeten dalam proses penyampaian (Methodologi) latihan vokasional

 


 

  
PERSEMBAHAN KUMPULAN

AKTIVITI KUMPULAN
SEMANGAT KERJA BERPASUKAN










10 November, 2011

KURSUS INDUKSI PP-PPT / PP-PPD-PPB (26-27/11/2011)


  • KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI - PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PP-PPT)
  • KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI / PEGAWAI PENGESAH DALAMAN / PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PP/PPD/PPB)
_____________________________________________________________________________________

Tarikh Kursus      :  
 26 - 27 November 2011

Masa                       :  
8.30 am - 5.00 pm

Tempat Kursus    : 
  • DEWAN HANG NADIM -  (INDUKSI PP-PPT)
  • DEWAN TUN TEJA -  (INDUKSI PP-PPD-PPB)
HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA (klik http://www.mitcchainhotel.com )

Yuran Kursus :
RM 350.00 seorang


Sila hubungi 012-9171808 untuk maklumat lanjut. 



APA ITU PPT?



Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. 

Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal. 

SIAPAKAH YANG LAYAK DIBERI PENGIKTIRAFAN?
Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

SIAPA YANG BOLEH MEMOHON?
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

INFO TERKINI MENGENAI PPT:
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi bidang kemahiran :
1. Pemandu Pelancong
Permohonan PPT adalah dibuka untuk Pemandu Pelancong yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR) berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.

NOSS yang terlibat adalah :
  • Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat (HT-021-2),
  • Pemandu Pelancong (HT-023-3) ; dan
  • Pemandu Pelancong Alam Semulajadi (HT-025-3)
Sila rujuk syarat tambahan bagi permohonan ini yang telah ditetapkan: Syarat Tambahan Bagi Permohonan PPT Bidang Kemahiran Pemandu Pelancong (HT-021-2, HT-023-3, HT-025-3)

2. Penjagaan Kanak-kanak
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah menetapkan syarat tambahan bagi permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang Penjagaan Kanak-Kanak berkuatkuasa 1 Julai 2011.
NOSS yang terlibat adalah :
  • Penjaga Kanak-kanak (MP-010-2),
  • Penjaga Kanan Kanak-kanak (MP-010-3),
  • Penyelia Pusat Jagaan (MP-010-4),
  • Pengurus Pusat Jagaan (MP-010-5),
  • Penjaga Pusat Jagaan Kanak-kanak (CC-010-2) dan
  • Penjaga Kanan Pusat Jagaan Kanak-kanak (CC-010-3)
Sila rujuk syarat tambahan bagi permohonan ini yang telah ditetapkan:

Program VTO/VTE/VTM Fast Track
 
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi program VTO/VTE/VTM    Fast Track telah dibuka kepada individu yang berkelayakan. Bagi syarat dan prosedur permohonan sila rujuk Panduan yang ditetapkan.


Kurikulum SLDN termasuk yang didaftarkan di dalam Daftar NOSS 2011 tidak boleh dipersijilkan melalui Kaedah PPT.
Adalah dimaklumkan bahawa semua Kurikulum SLDN termasuk yang didaftarkan di dalam Daftar NOSS 2011 tidak boleh dipersijilkan melalui Kaedah PPT.

Nota Makluman Umum:

Laman blog ini hanya sebagai pemudahcara kepada sesiapa yng inginkan peningkatan tahap kemahiran melalui Kursus-Kursus yang dianjurkan. Terdapat beberapa maklumat yang diperolehi dari laman web http://www.dsd.gov.my. untuk rujukan serta makluman umum. Maklumat lanjut, sila hubungi pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).



Semakan status pengeluaran Sijil melalui kaedah PPT boleh di semak melalui laman web www.ejpk.gov.my