NOTA RUJUKAN VTO - KAUNSELING

KAUNSELING

Apakah Kaunseling?

Kaunseling adalah perkhidmatan bimbingan dan nasihat yang merupakan satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik yang boleh membantu pelanggan (pelajar) melalui daya usaha mereka sendiri untuk mengembangkan kemampuan mereka.

Matlamat Kaunseling

Kaunseling diadakan bertujuan untuk membantu pelanggan (pelajar) membuat penyesuaian peribadi, sosioekonomi dan akademik dengan keadaan di tempat belajar.

Tujuan yang lebih utama dalam setiap kaunseling yang diadakan adalah untuk mengenalpasti kesulitan yang menganggu pencapaian akademik atau ilmu kemahiran pelanggan (pelajar) dan berusaha untuk mengatasinya. Disamping itu memberi peluang bagi setiap pelanggan (pelajar) mengembangkan daya kebolehan dirinya.

Kaunseling dapat membantu pelanggan (pelajar) yang kurang bernasib baik untuk mengembangkan kebolehan ke tahap yang positif dikalangan pelanggan (pelajar).

Selain dari perkara-perkara yang disebutkan di atas, kaunseling juga dapat membantu pelanggan (pelajar) supaya perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka berkembang secara seimbang.

Kaunseling juga dapat membina daya pemikiran pelanggan (pelajar) ke arah berfikir secara rasional. Ianya juga dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah kerjaya.

PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING

  1. Bimbingan adalah tugas penajar.
  2. Bimbingan untuk semua individu.
  3. Bimbingan adalah satu proses seumur hidup.
  4. Bimbingan bertujuan untuk mencegah.
  5. Mencegah adalah lebih baik daripada membaiki.
  6. Bimbingan memerlukan butir-butir peribadi yang menyeluruh.
  7. Bimbingan menjamin untuk merahsiakan segala maklumat individu.

PROSES KAUNSELING

  1. Mengenalpasti pelajar=pelajar yang bermasalah sama ada masalah pelajaran, sosioekonomi, kesihatan dan kecacatan.
  2. Menghubungi ibubapa jika perlu, untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
  3. Mengumpulkan maklumat mengenai prestasi akademik dan rekod displin.
  4. Berusaha mengujudkan hubungan baik dengan pelajar bermasalah . Ini penting bagi membolehkan pelajar tersebut meluahkan masalah mereka.
  5. Memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan prestasi akademik serta ilmu kemahiran.
  6. Mengelolakan sessi perbincangan  masalah remaja, persahabatan, bahaya merokok, penyalahgunaan dadah serta gaya hidup bebas.
  7. Mengelolakan program bagi pelajar-pelajar baru dengan membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

JENIS-JENIS KAUNSELING

Kaunseling individu.
Kaunseling kelompok.
Kaunseling perkahwinan.
Kaunseling keluarga.
Kaunseling kanak-kanak.
Kaunseling remaja.
Kaunseling kerjaya.
Kaunseling intervensi krisis.
Kaunseling perubatan dan kesihatan.
Setiap klien boleh mencari kaunselor-kaunselor profesional dan mempunyai kepakaran tertentu mengikut keperluan

PENGURUSAN PROGRAM KAUNSELING - PERANCANGAN

  • Pengelola
  • Pengawalan
  • Perhubungan
  • Perunding

APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIAL REMAJA.

  • Keluarga
  • Rakan Sebaya
  • Faktor Lain

Peranan IbuBapa Mendidik 
  • Akidah Dan Keimanan
  • Akhlak yang Mulia
  • Kemahiran Bersosial
  • Cintakan Ilmu
  • Ketahanan Jasmani
  • Kemahiran Tangan
  • Kemahiran Berfikir
  • Pengurusan Masa dan Kehidupan

MEMBANTU PELAJAR MELUAHKAN PERASAAN.

  • Mendidik Anak Remaja
  • Tanda Anak Remaja Kecewa
    • Menangis
    • Mengurung diri di dalam Bilik.
    • Tidak Gembira
    • Suka Termenung.
    • Tidak Aktif
    • Berjalan keluar rumah
    • Bergaul dengan rakan-rakan yang liar.
    • Menghisap dadah
    • Lari dari rumah.

PENDEKATAN KAUNSELING DARI PRESPEKTIF ISLAM

Dalam islam, kewajipan yang telah diamanahkan kepada semua manusia adalah dikenali sebagai “hisbah”. Apakah yang dimaksudkan dengan hisbah? Hisbah adalah menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran serta membetulkan manusia ( amar ma’ruf wa nahy munkar , wa islah bayna an-nas)


Menurut ibnu Qayyim , hisbah bermaksud memutuskan sesuatu perkara tanpa dakwaan kerana jika berdasarkan dakwaan maka ia termasuklah dalam bidang kuasa hakim, bukan kuasa “muhtasib” * . pengertian tersebut memperjelas bahawa batasan tanggungjawab tersebut meliputi masalah perseorangan, kelompok dan masalah masyarakat serta negara. Siti Zalikhah Md Noor (2002) 

Kewajipan hisbah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 
“ dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada bakti dan mengarahkan kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan mereka itu golongan yang beroleh kejayaan "
(Al-Imran 3:104) 

Bagaimana hisbah dikaitkan dengan konsep-konsep dalam kaunseling?
Menurut imam al-ghazali, hisbah terdiri daripada beberapa rukun. Sepertimana dalam solat terdapat rukun solat, didalam hisbah juga terdapat rukun yang dapat disama gandingkan didalam konsep kaunseling. Rukun tersebut adalah seperti dibawah :

  • Muhtasib ( Kaunselor) 
  • Muhtasab ‘alaih (Klien) 
  • Muhtasab Fih (Masalah yang dihadapi klien) 
  • Al-Ihtisaab (peringkat) 

Konsep


Kaunseling didefinisikan sebagai satu interaksi antara dua individu iaitu kaunselor dan klien, dalam keadaan profesional dan bertujuan untuk menolong kepada perubahan tingkah laku klien.



Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien kearah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. Inilah beza utama bagaimana kaunseling berpendekatan Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Namun tidak dinafikan, teknik dan gaya pendekatan kaunseling barat boleh juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling berlangsung. .



Berkesannya kaunseling berpendekatan Islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan makhluk makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini. 



Keimanan ialah teras kepada konsep kaunseling Islam, maka sudah dalam ilmu kaunseling Islam tidak boleh dipisahkan konsep beriman kepada Allah, alam akhirat, dosa, pahala dan sebagainya. Apa yang kendak dicapai dalam proses kaunseling ialah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seorang konselor mestilah berpendidikan dan mempunyai pekerti yang baik, malah konselor menjadi tempat rujukan, model dan contoh yang terhampir sekali dengan klien. Dan dalam hal ini Rasulullah bersabda (riwayat al-Tabari):



“ Sebaik-baik manusia itu ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia ” 



Teori-teori kaunseling Islam yang diterangkan oleh tokoh-tokoh Barat berpandukan kepada akal manusia melalui hasil kajian, ujian dan pengamatan yang dilakukan. Kajian ini berkaitan dengan perkembangan,tingkah laku, emosi dan pemikiran manusia. Hasil yang dilakukan bukan sahaja bersifat saintifik mengikut lunaslunas kajian moden, tetapi juga terbuka untuk dicabar akan kesahihannya.


Pendekatan psikonalitik Freud yang berkaitan dengan tenaga libodo dan konsep id, ego dan superego banyakdibicarakan oleh ahli psikologi Islam. Walau pun terdapat rasa tidak senang hati terhadap penekanan Freud mengenai peranan tenaga libodo seks, tetapi ramai diantara mereka yang menghuraikan konsep seumpama ini (Wan Hussein@Wan Azmi 1982, Hamzah 1984, Hassan 1986, dan Amir 1998. Misalnya Wan Azmi bin Wan Abd Kadir menghuraikan fitrah manusia mengikut al-Quran yang dikatakan mengandungi unsur material dan spiritual. Jika konsep unsur spiritual ini disamakan dengan konsep psikologi, beliau menghuraikan bahawa unsur spiritual( psikologi ) ini mengandungi empat konsep iaiitu, roh, nafs, hawa dan akal.


Mesej kaunseling Islam adalah ntuk mencapai makruf dan menghalang kemungkaran. Penelitian yang bermakna bagi seseorang adalah membimbing manusia lain dengan wadah yang tinggi, melihat keberkesannan proses yang dilakukan akan menjurus kepada konsep tersebut. Dalam hal ini Allah berfirman (surah Ali Imran, ayat 110 yang bermaksud:



“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik, serta melarang daripada Segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. ”

Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu: 


1.Pembangunan Roh .



Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.
2. Pembangunan Akal .



Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan .

3. Pembangunan Hati .


Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.



4. Pengimbangan Nafsu .



Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa .

Justeru itu, keempat-empat perkara diatas merupakan tumpuan utama dalam kaunseling pendekatan islam dimana tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia mengenal diri dan Penciptanya

Al-Quran Sumber Asas Kaunseling ( نصيحة)
Perkhidmatan nasihat ialah sumber yang tulen dalam Islam. Nasihat menasihat diantara satu sama lain dianjurkan agar manusia saling bertaggungjawab memikul amanah daripada Allah. Allah berfirman dalam surah al-;Asr : ayat 1 – 3 yang bermaksud:
“ Demi Masa!, manusia itu Dalam kerugian .. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. ”Sesungguhnya 
Dalam ayat yang lain Allah berfirman dalam surah al-‘A’la: ayat 9 yang bermaksud:
“ Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia Dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
Perutusan Rasulullah ke seluruh umat di dunia ini adalah sebagai pemberi nasihat kepada umatnya. Rasulullah sendiri membawa risalah tauhid yang mengajurkan manusia supaya beriman dan bertakwa melalui cara yang paling berhikmah dan bijaksana. Melalui nasihat pengajaran yang baik dan boleh diperolehi seperti yang di jelaskan melalui firman Allah dalam surah al-A’raf: ayat 63 yang bermaksud:

“ Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat? ".

Terdapat juga hadith-hadith yang menelaskan kepada kita bahawa Islam banyak menggunakan pendekatan nasihat ( kauseling ). Dengan jalan nasihat, dikaitkan dengan petunjuk yang baik bagi seseorang individu mahu pun bagi satu-satu kelompok tertentu.
Sabda Rasulullah (riwayat al-Khatib) yang bermaksud:
“ Mintalah petunjuk dari orang yang berakal, maka kamu akan beroleh petunjuk dan janganlah kamu menyalahinya agar kamu tidak menyesal ”.
Hadith riwayat dari Ibnu Hajar yang bermaksud:
“ Orang-orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu tidak boleh meninggalkan memberi nasihat pada setiap masa. ”

TEORI KAUNSELING IMAM AL-GHAZALI


Perkara penting dalam memahami konsep dan model kaunseling Imam al-Ghazali adalah memahami dan menghayati syariat Islam. Model ini memberi penekanan kepada proses memahami jiwa manusia dari aspek kefahaman Islam. Oleh sebab itu, teori yang digunakan ini dapat memberi ruang kepada klien supaya memahami erti sebenar kehidupan ini, menghayati kebesaran dan keesaan Allah dan juga mensyukuri nikmat kurniaan Allah kepada hambaNya

Maka, melalui teori kaunseling ini, Imam al-Ghazali mengharapkan agar kaunselor juga akan dapat meningkatkan kualiti diri melalui hubungan dengan Allah yang tinggi. Hal ini kerana untuk menjadi seorang kaunselor yang mampu untuk membimbing orang maka mereka perlu memperbaiki diri sendiri dari pelbagai aspek.

Proses kaunseling al-Ghazali merangkumi aspek-aspek seperti musyaratah (menetapkan syarat), muraqabah (audit atau semakan), mu’aqabah (dendaan), mujahadah (bersungguh-sungguh dan Mu’atabah (celaan).



SESI KAUNSELING IMAM AL-GHAZALI :



Langkah 1 : Pengenalan dan bina hubungan
Langkah 2 : Meneroka diri dan masalah
Langkah 3 : Mengenal pasti punca dan jenis masalah
Langkah 4 : Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit
Langkah 5 : Penilaian



1. Langkah pertama dalam teori kaunseling Imam al-Ghazali menekankan aspek memberi salam sebagai keutamaan sebelum memulakan sesi kaunseling. Setelah itu majlis atau sesi dibuka dengan bacaan al-Fatihah, tujuannya adalah untuk menghindari dari godaan syaitan. Masalah yang berlaku dalam diri manusia adalah berpunca dari syaitan yang sentiasa mengoda manusia supaya jauh dari mengingati Tuhan yang Maha Pencipta. Selain itu proses pembinaan hubungan melibatkan hubungan dan interaksi yang baik antara kaunselor dengan klien. Melalui hubungan ini akan melahirkan kepercayaan dalam diri klien dan memungkinkan mereka untuk berterus terang dan berkongsi masalah yang dihadapi.


2. Manakala di dalam langkah yang kedua, Imamal- Ghazali menekankan aspek penerokaan dalam diri klien sehingga mereka dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Selain itu langkah kedua ini adalah supaya klien dapat mencari kekurangan diri yang menjadi punca kepada masalah tersebut. Disamping itu kaunselor akan bertindak membimbing mereka dan bermuhasabah diri dalam melaksanakan syariat Islam. Kaunselor boleh menekankan aspek kerohanian dan spiritual dalam diri klien . Bina hubungan dengan berdoa, berjanji dan bertawakkal, bincang konsep-konsep Islam (matlamat hidup, kewajipan, hukum perlakuan, halal haram, musibah, sabar dan syukur) serta sifat-sifat Allah dan sunnah rasul mengikut keperluan dan kesesuaian kes. Imam al-Ghazali lebih menfokuskan untuk membaiki diri dengan amalan-amalan kerohanian seperti solat, zikir, membaca al-Quran, menjaga makan dan minum, bertaubat, menjaga aurat dan sebagainya. Kemudiannya Imam al-Ghazali menekankan aspek reda dengan musibah yang menimpa diri dan menganggab ianya sebagai satu ujian untuk hambanya yang sabar. Mengenal Diri dan Bina Matlamat Hidup dengan meneroka kriteria diri klien yang membawa kepada masalah berdasarkan pemerhatian, percakapan dan soalan andaian. Membimbing klien membuat muhasabah diri dalam melaksanakan syariat. Klien akan menyedari kelalaian dan kekurangan yang ada pada dirinya


3. Langkah 3 (mengenal pasti punca dan jenis masalah) Punca dan Jenis masalah, gabungkan langkah 2 dan 3 jadi asas meneroka punca dan jenis masalah. Kaunselor dan klien mencapai kefahaman yang sama mengenai diri dan permasalahan klien. Rumuskan masalah dengan kefahaman Islam dan penghayatan/amalan syariat.

4. Langkah 4: (memberi ubat yang sesuai dengan penyakit) Punca dan Jenis Masalah dengan menjelaskan cara membaiki diri dengan; mempelajari ilmu Islam, meningkatkan amalan, bertaubat, berzikir, berdoa, menjaga pergaulan, menjauhi maksiat, menjaga makan minum, menjaga pandangan, menjaga pertuturan dan menjaga diri daripada penyakit hati seperti; sombong, riyak, ujub, dak takabur.
5. Langkah 5: Penilaian Kefahaman/Pelaksanaan dengan melihat perubahan klien melalui air muka, gerak geri dan pertuturan dari aspek peningkatan akidah, memahami diri sendiri, reda dengan musibah, keyakinan diri yang tinggi, melaksanakan tuntutan agama dan takwa dan tawakkal


Pendekatan Kaunseling Imam al-Ghazali

Nasihat yang baik
Nasihat dan pengajaran yang baik ini ditawarkan kepada semua orang, di mana kaunselor berjumpa dengan orang yang memerlukan bimbingan secara individu atau secara kumpulan. Kaunselor memberi mereka nasihat dan ganjaran serta juga diterangkan kepada mereka syarat-syarat halal yang bermanfaat dan perkara yang memudaratkan serta mengajak mereka membuat kebajikan di dunia dan akhirat.



Kaunseling individu yang berhikmah
Kaunseling individu yang berhikmah ini ditawarkan kepada setiap orang yang meminta nasihat atau pertolongan dalam mengerjakan sesuatu urusan agama dan keduniaan yang akan menjadi hak kepada setiap individu yang berunding dengan muhtasib dalam apa jua perkara peribadi, keluarga, professional atau agama.



Kaunseling individu yang kasar
Kaedah kaunseling ini digunakan terhadap orang yang terang-terangan mengerjakan maksiat dan meninggalkan kebaikan, bekerja untuk hal-hal yang memudaratkan mereka dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat bagi meraka.( Yatimah )

Kaunseling kelompok


Kaunseling kelompok digunakan untuk memperbaiki keadaan menusia dan menolong mereka menyelesaikan perselisihan antara buruh dan majikan, pembeli dan penjual, anak-anak dan ibubapa, dan antara suami dan isteri. Melalui kaedah ini, kaunselor mengajak orang yang terlibat dalam perselisihan itu atau dia mengunjungi mereka dan duduk dengan mereka dalam sesi kaunseling kumpulan seperti yang diamalkan kaunselor-kaunselor psikologi pada hari ini



Kemahiran Dalam Kaunseling



Bagi mencapai matlamat-matlamat kaunseling, seseorang kaunselor hendaklah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Antaranya ialah tingkah laku memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran memandu klien, penjelasan, memberi nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan idea atau interpretasi, kekonkritan, ketika ini (immediacy), pendedahan diri, pemparafrasaan, konfrontasi, kesenyapan, penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang. 

1.Tingkah Laku Memberi Perhatian.


Memberi perhatian merupakan alat yang kuat dalam sesi kanseling. Ia akan menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan selamat bagi klien. Ia juga berfungsi sebagai alat pebeguhan serta kemudahan komunikasi. Mempraktikan kemahiran ini akan membantu kaunselor membentuk perhubungan yang baik dengan klien dan secara umum akan membawa faedah dalam apa jenis perhubungan yang melibatkan kaunsler 



Tingkah laku ini termasuk: 



a)Kedudukan klien. Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien dapat duduk dengan selesa. Biasanya, tidak ada meja yang mengasingkan dengan klien kerana ia boleh menghalang tingkah laku tanpa lisan daripada diperhatikan oleh kaunselor 



b)Bertenang. Kedua-dua kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam satu keadaan yang selesa supaya mereka boleh menyatakan sesuatu dengan nyata dan jelas. Bagi klien pula, keselesaan itu penting untuk mendorong dia bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang masalahnya. 

c)Kedudukan tubuh (posture) kaunselor. Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kearah klien. Amalan seperti ini adalah penting bagi menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu minat mendengar apa yang diperkatakan klien. Dari semasa ke semasa, kaunselor boleh mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keadaan yang tenang. 


d)Ekspresi muka. Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, iaitu menunjukkan kaunselor itu sedia menerima klien. Jika kaunselor bermasam muka atau bermuram, ini memberikan mesej yang klien itu mungkin mengganggunya. 



e)Tentangan mata. Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Ia menunjukkan kaunselor meminati apa yang diperkatakan oleh klien dan adalah bersama klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. . 



f)Soalan terbuka. Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar ialah menggunakan soalan terbuka. Ia memberikan peluang untuk klien bercakap lebih banyak lagi. Contoh: Cuba ceritakan apa yang berlaku pada diri anda. 

g)Dorongan minimum untuk bercakap. Dorongan minimum termasuk gerak isyarat anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu minat akan kata-kata klien. Contoh: ‘Mmm’, ‘A-ha’, ‘Ya’, ‘Jadi?’ Dorongan minimum itu adalah penting untuk menggalakkan klien bercakap.


2.Kemahiran Mendengar. . 



Dalam kaunseling, mendengar bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah ‘mendengar dengan aktif’. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang positif. Ia melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisankepada klien, iaitu, ‘Pada ketika ini, anda merupakan orang yang paling penting dalam dunia. Kata-kata anda menarik minat saya. Kebajikkan anda adalah penting bagi saya.’ Dengan kata lain, tentangan mata dikekalkan. Tidak terdapat apa-apa gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian yang penuh dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien. 



Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengenepikan apa yang diceritakan dengan hanya berkata ‘Saya faham akan perasaan anda’ tetapi kaunselor merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien. Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien yang kaunselor telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disampaikan kepadanya. . 


Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan memberikan satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya. . 



3.Kemahiran Memandu Klien



Sebahagian besar klien mempunyai fahaman diri yang terhad, iaitu tentang keperluan-keperluan mereka, struktur-struktur bela diri dan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah diri. Ada setengah-setengahnya menentang (dengan cara menggunakan mekanisme bela diri) fahaman tersebut. Pada peringkat ini kaunselor boleh membantu dengan cara memandu klien. Di bawah adalah cara bagaimana seseorang kaunselor boleh memandu klien ke tahap kesedaran diri yang lebih baik tentang keperluan-keperluannya. 



Kaunselor : Anda menyatakan yang pensyarah itu menengking anda di hadapan kelas? 
Klien : Ya 
Kaunselor : Adakah anda terasa terhina? 
Klien : Ya 
Kaunselor : Ini menyebabkan anda berasa kecil dan kurang penting? 
Klien : Ya, itulah kesannya . 



Kaunselor : Anda juga rasa yang anda telah gagal dalam sesuatu? 
Klien : Ya . 



Kaunselor : Sanggupkah anda menceritakan bagaimana perasaan anda pada masa itu? 
Klien : Saya rasa terhina; seolah-olah sayalah yang paling bodoh, paling malas. Pensyarah itu suka menengking pelajar-pelajar. Saya benci pensyarah seperti itu. Saya tak suka memainkan peranan dalam drama itu. Pensyarah itu memang sedar tetapi mengapa dia masih mahu saya menyertai drama tersebut? 



Kaunselor : Anda lebih suka menjadi penonton saja. Adakah anda berasa segan? 
Klien : Ya, itulah masalah saya, saya rasa saya amat segan. Saya fikir… 



4.Penjelasan 



Seolah-olah terbuka menggalakkan seseorang klien terus bercakap dan seterusnya memberikan lebih maklumat kepada seseorang kaunselor. 



Contoh: 
Bagaimanakah perasaan anda selepas peristiwa itu? 
Bagaimanakah pula dengan pendapat anda? 



Kenyataan-kenyataan atau soalan terbuka memberikan seseorang kaunselor maklumat untuk meneruskan perbualan. Dengan itu, soalan-soalan terbuka adalah amat penting pada peringkat awal sesi kaunseling. Semakin banyak maklumat diperolehi semakin cepat maslah dapat dikenal pasti. Sebaliknya soalan tertutup hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. 

5.Memberi Nasihat 


Nasihat merupakan cadangan dan seharusnya digunaka dengan waspada. Menurut Hadley cadangan dan nasihat adalah teknik-teknik yang sama dengan pujukan dan dengan itu, perlu digunakan dngan waspada. Arbuckle merasa yang tujuan utama perhubungannya dengan klien ialah membekalkan pengayaan persekitaran supaya klien dapat berkembang berdasarkan keupayaannya sendiri tanpa bergantung pada kaunselor. Seseorang individu yang membekalkan maklumat tidak lagi berfungsi sebagai kaunselor tetapi adalah berperanan sebagai pembimbing. 



6.Refleksi Idea 



Refleksi idea merupakan kemahiran yang digunakan oleh kaunselor sebagai satu cubaan memahami klien. Ia membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang dinyatakan oleh klien. Lagipun, ia membolehkan klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri . 

Contoh: 


Klien : Saya tidak mencuri 
Kaunselor : Saudara tidak mencuri



7.Refleksi Perasaan 



Dengan kemahiran ini, kaunselor akan balikkan aspek tentang emosi kepada klien. Ini dilakukan untuk meniggikan tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya. 



Contoh: 



Klien : Saya benci sikap ibu bapa saya. Walaupun umur saya sudah 17 tahun, mereka suka menyekat pergerakan saya. . 
Kaunselor : Saudara berasa kecewa kerana kebebasan saudara tersekat? 



8.Penjelasan Idea atau Interpretasi 



Dalam situasi ini, seseorang kaunselor akan mengintrepretasikan apa yang dikatakan oleh kliennya. Dia menekankan pada aspek intelek kata-kata klien . 



Semasa menjelaskan idea, perkara-perkara berikut perlu diingati oleh kaunselor: 
i.Gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami klien 


ii.Jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi 



iii.Toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi. 



Contoh: 



Klien : Saya tidak dapat buat kerja rumah jika ayah saya berada dirumah. Saya berasa tertekan. Dia akan hilang akal walaupn satu kesilapan kecil berlaku. . 



Kaunselor : Daripada apa yang saudara katakan tentang ayah saudara, saudara amat takut padanya. Adakah itu benar? 



9.Konfrotasi 



Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. . Contoh: 


Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak? 



Kaunselor :Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak meminati rombongan tersebut, tetapi saudara kerapbertanya .Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan kerana ia boleh menakutkan seseorang klien. . 




10.Ketika Ini (Immediacy) 



Ketika ini adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor untuk bertutur dalam suasana di 
sini dan ketika ini di antara kaunselor dank lien. Ia sebenarnya merupakan suatu pengakuan 
tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Biasanya, ia menyentuh perasaan dan perlu 
digunakan dengan berwaspada. 


Contoh: 


Tindakbalas kaunselor: Nampaknya saudara tidak gemar akan tempat ini . 
11.Pendedahan Kendiri 



Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi 
sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. 
Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah 
dielakkan. 



Contoh: 



Klien : Inilah kali kedua saya mengambil peperiksaan SPM. Bodohlah saya ni 



Kaunselor: Itu bukan perkara yang aneh.Saya pun mencuba 2 kali STPM sebelum lulus. 



Tindak balas kaunselor itu akan menyebabkan klien berasa lega dan selesa. Ia berasa 
sedemikian kerana pendedahan diri kaunselor; dia berasa bukan dia sahaja yang mengulangi peperiksaan. 


12.Pemparafrasaan 



Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk menyemak kelemahan kefahaman kaunselor mengenai masalah yang disampaikan. Ia juga membantu kaunselor mengingati isi-isi penting yang telah disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, pemparafrasaan boleh juga meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah-,masalah yang dihadapinya. Ini boleh juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalah-masalahnya. 



Contoh: 



Klien : Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Ini menyebabkan saya dihalau keluar kelas. Saya benci cikgu saya. Saya bukan sengaja untuk terlewat keluar tetapi saya terpaksa mengemas rumah dahulu sebelum saya pergi ke sekolah. 



Kaunselor : Nampaknya saudari marah kerana saudari dihalau dari kelas walaupun ada alas an yang logik dan munasabah. 

13.Kesenyapan 


Penghentian sementara mempunyai berbagai-bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan maklumat yang lanjut. Mungkin dia sedang mengadakan penerokaan diri dan mungkin akan dapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada kemungkinan klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika boleh, biarlah klien itu mula bercakap selepas kesenyapan itu. 




Bagi memecahkan kesenyapan, kaunselor boleh menggunakan tindakbalas berikut: 



i.Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh saya berkongsi? 
ii.Mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya apa yang difikirkan tadi. 
iii.Saya kira saudari ada sesuatu yang hendak disampaikan. Boleh saudari ceritakan? 


14.Penjelasan Masalah 


Di peringkat awal, proses kaunseling hanya menumpukan pada aspek yang mewujudkan perhubungan baik dan penuh kpercayaan serta mengadakan komunikasi secara terbuka. Tetapi satu matlamat kaunseling yang lebih penting ialah membantu klien menyelesaikan masalah. Oleh itu, adalah penting untuk masalah-masalah klien dikenal pasti. Untuk mencapai objektif ini beberapa langkah perlu : 



i.Tujuan awal ialah mengenal masalah itu, iaitu mengubah masalah umum kepada masalah spesefik. Contoh: Apakah maksud saudara apanila saudara mengatakan ____________?. 
ii.Memberikan peluang keoada klien untuk mengemukan alternative-alternatif. Contoh: Bagaimanakah anda akan cuba mengatasi maslah tersebut? 
iii.Klien digalakkan untuk meneroka alternatif-alternatif serta implikasi-implikasinya dan kemudian memilih yang manakah yang paling sesuai. Contoh: Pada pendapat saudara cara yang manakah yang lebih sesuai dan mengapa saudara memilih cara tersebut? 
iv.Akhirnya, klien perlu mengenal pasti perubahan atau kemahiran baru yang diperlukan untuk mencapai alternative yang dipilih itu. Contoh: Mari kita cuba mula dengan ____________. 


15.Rumusan 


Rumusan adalah proses menggulungkan segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Ia akan mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara yang akan dibentangkan. Membuat rumusan merupakan suatu cara untuk menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang klien serta membantunya melihat kemajuan yang telah tercapai. Semasa membuat rumusan, seseorang kaunselor seharusnya menggunakan bahasa yang mudah dan jelas.
Di samping itu, maklumat balik hendaklah didapati daripada klien tentang rumusan yang dibuat. Contoh: Mari kita cuba merumuskan apa yang telah kita bincangkan .Anda merasa sunyi dan terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang, Sebaliknya, saudari mengatakan adalah sukar bagi saudari untuk bergaul dengan orang-orang lain. Jadi walaupun saudari ingin bergaul namun itu tetap menjadi sukar buat saudara/ri

Akhir sekali, sesi kaunseling akan ditamatkan dengan penilaian yang dibuat oleh kaunselor terhadap klien mereka. Penilaian ini penting bagi memastikan klien telah mencapai tahap kefahaman yang jitu terhadap masalah dan telah mampu untuk mencari jalan keluar dari musibah yang menimpa mereka. Perubahan boleh dilihat melalui dari beberapa sudut antaranya ialah perubahan air muka, gerak geri dan pertuturan seperti keyakinan diri yang tinggi, kefahaman yang jelas tentang akidah dan tawakal pada Allah atas musibah yang menimpa diri.

Kaunseling merupakan salah satu methodology yang sesuai untuk para da’iy gunakan dalam menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Hal ini kerana invididu yang ditimba musibah dan masalah lebih cenderung untuk didekati dan mudah menerima pendapat dan pandangan dari orang lain sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka gunakanlah apa saja pendekatan dan ruang yang ada untuk mendekati masyarakat. Maka dalam perbincangan ini kita melihat peranan pendekatan dan teori dalam amalan kaunseling. Konsep utama daripada beberapa pendekatan kaunseling yang kebiasaanya diamalkan, diberi tumpuan dan dibicarakan dengan kesesuaian konsep yang terdapat dalam Islam. Terdapat banyak persamaan huraian konsep yang diguna dalam pendekatan Barat dan Islam..

Seorang kaunselor seharusnya menganggap diri mereka sebagai pengamal-saintis( sains practioner) iaitu sentiasa sedar bahawa kita perlu memahami ilmu kaunseling bukan sahaja dari sudut amalan, tetapi juga dari sudut ilmiah. Ini tidak pula bermakna seorang kaunselor itu harus bersetuju dengan kesemua huraian konsep yang diperbincangkan, mungkin terdapat teori dan pendekatan yang kurang sesuai. Oleh itu seorang kaunselor harus bijak membuat penyesuaian.




Bahan Rujukan dari Buku Siri Motivasi Keluarga - Tajuk Buku Bimbingan Motivasi Anak Cemerlang oleh Noorfizah Abdul Malik Diterbitkan oleh Darul Nu'man. http://omartahfiz.blogspot.com/2011/06/kaunseling-pendekatan-islam.html

No comments: