PROSES PERNIAGAAN

PROSES PERNIAGAAN

  • Adalah aktiviti tambah nilai dalam  proses tranformasi terhadap input-input pengeluaran bagi menghasilkan output untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

·         Input
    • Faktor-faktor pengeluran yang akan digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan barangan.
·         Proses tranformasi
    • Proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi dengan menggunakan pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output. 
·         Output
    • Barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan/hasil akhir organisasi.

INPUT
PROSES TRANSFORMASI
OUTPUT
Kilang
Proses penukaran Input kepada Output
Kasut
Bahan Mentah
Tayar
Buruh
Pakaian
Mesin
Hospital
Perhotelan
Dan Lain-lain


Peringkat dalam Proses Perniagaan
Terdapat 3 peringkat:
  • Membangunkan keluaran
  • Mengenalpasti terhadap keluaran yang akan dikeluarkan.
  • Hendaklah mengambil kira kepuasan dan keperluan pengguna.

Terdapat dua kaedah untuk pembangunan keluaran:
a)      Inovasi
  • Perubahan keluaranyang sedia ada dari segi penambahan fungsi kegunaan, peningkatan mutu keluaran, bentuk  keluaran serta menambahkan kecekapan dan keberkesanan terhadap sesuatu keluaran.

b)     Penciptaan barang baru
  • Melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencipta barang baru.
  • Melakukan penyelidikan pemasaran untuk memastikan keluaran memenuhi keperluan pengguna.

c)      Menguruskan permintaan
  • Menarik minat bakal pembeli untuk mencuba dan membeli keluaran.
  • Mewujudkan permintaan terhadap keluaran baru dan mengekalkan permintaan keluaran sedia ada.
  • Aktiviti yang dilakukan pada peringkat ini:
    • Membuat penyelidikan pasaran
    • Menjalankan promosi dan pengiklanan
    • Melakukan aktiviti penjualan yang efektif.

Memenuhi pesanan
  • Untuk memastikan pembeli mendapat barangan yang dipesan tepat pada masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan.
  • Merangkumi aktiviti mendapatkan bahan mentah, mengendalikan proses pengeluaran, pemasangan,penyimpanan dan penghantaran barang ke pengguna.
  • Penjadualan pengeluaran tepat supaya pesanan tak tergendala.
  • Khidmat selepas jualan perlu disediakan.
  • Kaedah pemasangan barangan juga disediakan.
  • Saluran agihan yang sesuai ditentukan.


PERNIAGAAN KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN

Aktiviti perniagaan kini

  • Berkait rapat dengan perubahan persekitaran perniagaan seperti penggunaan teknologi moden.
  • Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi dan hubungan antara perniagaan seperti komunikasi melalui computer dengan menggunakan internet lebih cepat dan mudah.
  • Pencapaian,penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan lebih cepat, tersusun serta memudahkan usahawan membuat keputusan dengan pantas.
  • Menguruskan sumber kewanagn dengan lebih berkesan seperti proses merekod,laporan kewangan,analisis prestasi kewangan dengan cekap,pantas dan tepat.
  • Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran terhadap pembelian sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat melalui bank dengan cepat.
  • Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan.

CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN

  • Globalisasi/Dunia tanpa sempadan
  • Persaingan sengit (kualiti,harga,penyampaian), mobility pekerja/modal, celaru budaya.
  • Peningkatan Kemajuan Teknologi
  • Perubahan produk,tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu      modal tinggi.
  • Peningkatan tanggungjawab social
  • Batasan aktiviti komersial, desakan/tekanan pihak NGO, kerajaan,pihak berkepentingan, buruh kanan-kanak, prihatin terhadap OKU.
  • Peningkatan system perniagaan islam(PERBANKAN ISLAM)
  • Pematuhan syariah
  • Kewujudan blok-blok perdagangan
  • ketepuan pasaran, persaingan sengit,batasan perdagangan
  • Sumber semakin berkurangan
  • Batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi,meningkatkan produktiviti(meningkatkan kecekapan penggunaan sumber)
  • Perubahan struktur demografi
  • Kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran,memerlukan kemudahan/suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa, hayat semakin panjang-ramai pekerja yang sudah matang.

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Persekitaran Umum/Tidak Langsung

  • Ekonomi
    • Keadaan/persekitaran ekonomi-melambung atau meleset, kuasa beli, harga barangan.
    • Kadar pertukaran mata wang menarik
    • Sistem kewangan dan perbankan yang efisien
    • Peniaga yang beretika.


  • Sosiobudaya
    • Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat.
    • Budaya unik-kepelbagaian agama, adapt resam, perayaan , makanan,pakaian sebagainya .
    • Perubahan gaya hidup-gaya hidup moden dan nilai tradisional.
    • Perubahan dan peningkatan nilai sosial-penjagaan kesihatan, hak-hak pengguna,alam sekitar sebagainya .

  • Politik dan perundangan
-     Tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan kerajaan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
-              Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan.
-              Keselamatan dan keadilan sistem perundangan
-              Kestabilan politik akan menjamin kestabilan ekonomi.

  • Teknologi
Kaedah dalam proses penukaran input kepada output.
·  Penggunaan teknologi dapat meningkatkan pengurusan operasi,produktiviti, kecekapan dan maklum balas pelanggan.


·         Fizikal
-              pengagihan produk-pergerakan barangan dan perkhidmatan pengeluar kepada pengguna.
-              Merujuk kepada kemudahan fizikal(bangunan,jalanraya,perhubungan)
-              System pengangkutan/perjalanan/perhubungan
-              System komunikasi (telefon,internet,faks)


Persaingan dan jaringan

  • Persaingan :
    • Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti, pada pasaran yang sama dengan produk usahawan.
  • Jaringan perniagaan :
    • Pakatan strategik yang di bentuk oleh perniagaan dengan pembekal,pengilang atau pengedar untuk menghasilkan roduk atau memasarkanya di pasaran.
  • Kelebihan saingan :
    • Keupayaan perniagaan mengatasi pesaing mereka dengan menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan daripada pesaing.
  • Persaingan tulen :
    • Keadaan pasaran yang terdapat banyak firma pengeluar di dalam sesuatu industri yang mengeluarkan produk yang serupa dan tiada firma mempunyai kelebihan saingan.
  • Persaingan monopolistic :
    • Keadaan pasaran yang terdapat ramai pengeluar yang menawarkan produk yang sama dan produk tersebut dilihat oleh pembeli berbeza disebabkan oleh aktiviti pemasaran dan keunikan produk tersebut.
  • Monopoli :
    • Merujuk kepada hanya ada satu firma yang menghasilkan produk dan tidak terdapat produk pengganti.




PERSEKITARAN TUGAS / LANGSUNG


  • Pelanggan
-          Merupakan individu atau kumpulan yang membeli barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma.
-    Perlu prihatin terhadap keperluan/kehendak/kebajikan pelanggan dipelihara dengan baik,maka jualan akan bertambah dan keuntungan meningkat.
-           Jualan firma menurun dan keuntungan akan terjejas, jika kebajikan pelanggan di abaikan.

  • Pembekal
-    Merupakan pihak yang membekalkan sumber input/bahan mentah kepada perniagaan.
-              Hubungan yang baik antara pembekal dan perniagaan akan menjamin bekalan yang berterusan.
-              Pembayaran hutang yang segera perlu supaya bekalan tidak terjejas.

  • Pembiaya dan Pemodal
-       Pembiaya adalah pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan seperti bank (kreditor)
-              Pemodal adalah pihak yang melabur modal dalam perniagaan sebagai pelabur  atau pemegang saham.
-              Pembayaran dividen yang tinggi dan tepat pada masanya akan menambahkan kemasukan modal syarikat.
-     Kelewatan pembayaran dan dividen yang rendah akan menyebabkan firma kehilangan/kekurangan modal pada masa depan.
-              Pembayaran balik ikut jadual kepada pihak kreditor.


Kerajaan
  • Pihak yang menggubal dasar-dasar/undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang agar perniagaan dapat beroperasi dengan lancar.
  • Mesti patuh dan bekerjasama dengan kerajaan agar hubungan baik dapat dilakukan.
  • Jika abaikan alam sekitar dan menaikkan harga sewenang-wenangnya, sokongan masyarakat akan berkurangan.

Pekerja
  • Sumber manusia yang menyumbangkan tenaga, kemahiran,pemikiran dan pengetahuan bagi menjalankan tugas dalam sesebuah organisasi.
  • Pekerja yang berkualiti dan berpuashati suasana kerja akan memberikan pulangan kpd perniagaan dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Beri latihan/kursus/motivasi dan pembayaran gaji ikut kontrak
  • Jika kebajikan diabaikan, produk tidak berkualiti dihasilkan  dan akan menyebabkan kehilangan pelanggan.

Pesaing
  • Merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dan dijual dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan
  • Pesaing boleh memberi sumbangan dari segi meningkatkan kualiti produk secara umum.
  • Persaingan perlu adil tanpa melanggar etika / peraturan perniagaan.   

ENTITI PERNIAGAAN

Pemilikan tunggal
  • Sebuah organisasi perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik/seorang individu sahaja.

Kelebihan pemilikan tunggal:
  • Perniagaan mudah ditubuh dan dibubarkan.
  • Perniagaan mudah diurus.
  • Pemilik bebas mengurus dan mengawal syarikat.
  • Pemilik bebas membuat keputusan dan perlaksanaan.
  • Keuntungan adalah kepunyaan pemilik sepenuhnya.

Kelemahan pemilikan tunggal

  • Kesukaran untuk mendapat modal yang besar.
  • Sukar mendapat kredit atau pinjaman.
  • Modal yang terhad menghalang perkembangan perniagaan.
  • Menanggung beban yang banyak dalam menguruskan perniagaan.
  • Kemahiran pemilik terhad dalam mengurus perniagaan.
  • Jangka hayat perniagaan pendek/tiada jaminan akan berterusan.

PERKONGSIAN

  • Entiti perniagaan yang dimiliki sekurang-kurangnya dua individu dan tidak melebihi 20 orang pemilik.
  • Butir-butir yang terdapat dalam perjanjian:
1.      Nama dan alamat ahli perkongsian.
2.      Nama dan jenis perniagaan yang dijalankan.
3.      Jumlah modal yang dilaburkan oleh setiap ahli.
4.      Nisbah pembahagian untung rugi.
5.      Tempoh perkongsian
6.      Tanggungjawab dan kuasa setiap ahli
7.      Syarat penamatan perkongsian.

·     Sekiranya tiada ikatan perjanjian dibuat, ahli-ahli tertakluk kepada syarat-syarat   perkongsian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
1.      Untung dan rugi diagih sama rata.
2.      Urusan atau operasi perniagaan dijalankan bersama
3.      Ahli-ahli perkongsian tidak berhak dibayar gaji
4.      Modal yang disumbangkan tidak akan dibayar faedah.
5.      Faedah 5% dikenakan kepada ahli yang meminjam.
6.      Penyelesaian masalah berdasarkan undi majority.

Terdapat dua jenis perkongsian:

1.         Perkongsian biasa
·         Menguruskan perniagaan.
·         Bertanggungjawab terhadap semua tanggungan perniagaan
·         Labiliti  syarikat secara tidak terhad/menjelaskan hutang kepada perniagaan.

2.         Perkongsian terhad

·         Melaburkan modal dan mendapatkan pulangan ke atas modal.
·         Tidak terlibat dalam pengurusan dan operasi perniagaan.
·         Liabiliti adalah terhad/tanggung kerugian terhadap modal yang dilaburkan saja.

Kelebihan perkongsian

1.      Prosedur penubuhan agak mudah/tidak memerlukan prosedur yang rumit.
2.      Sumber modal lebih baik kerana sumbangan daripada ahli-ahli.
3.      Lebih mudah untuk mendapat kredit/pinjaman.
4.      Risiko perniagaan dapat disebarkan di kalangan ahli-ahli.
5.      Dapat berkongsi kepakaran,pengetahuan ,idea dan kebolehan ahli-ahli.

Kelemahan perkongsian
1.      Tanggungan tidak terhad (kecuali ahli terhad) dan melibatkan harta peribadi.
2.      Kemungkinan berlaku salah faham dan pertelingkahan antara ahli.
3.      Persetujuan semua rakan kongsi perlu sebelum sebarang keputusan dibuat.
4.      Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan kongsi.
5.      Jangka hayat perniagaan pendek kerana kematian,bankrap,tak siuman ahli-perkongsian terbubar.

SYARIKAT BERHAD

Mempunyai tanggungan terhad,jika berlaku kerugian segala tanggungan hanya ke atas jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.

Terdapat 2 jenis syarikat:

1.      Syarikat sendirian berhad :
§   Sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh kumpulan individu yang mempunyai ahli antara dua hingga 50 orang.

2.      Syarikat awam berhad :
§  Sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh masyarakat awam dan mempunyai dua atau lebih ahli yang memegang saham-saham syarikat.



Kelebihan syarikat berhad
  1. Modal dapat dikumpul dengan mudah dan lebih besar.
  2. Liabiliti adalah terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta peribadi.
  3. Syarikat dan pemegang saham adalah entiti berasingan, pemegang saham dilindungi undang-undang.
  4. Kewujudan syarikat secara relatifnya berterusan, walaupun pemegang saham meninggal dunia, muflis, menarik diri, sakit dsb.
  5. Pengurusan lebih cekap-wakil yang berkelulusan dan berkemahiran dalam bidang perniagaan.

Kelemahan syarikat berhad
  1. Penubuhan dan pembubaran syarikat agak rumit dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pendaftar syarikat.
  2. Melibatkan kos dan masa dalam proses penubuhan.
  3. Syarikat dikenakan cukai yang tinggi.
  4. Bebanan prosedur,laporan dan penyata kewangan perlu disediakan dan diserahkan kepada suruhanjaya syarikat.
  5. Pemegang saham syarikat yang peratus saham yang sedikit tidak dapat membuat keputusan untuk syarikat.


KOPERASI

Sebuah organisasi sosioekonomi yang dianggotai oleh sekumpulan individu secara sukarela bertujuan untuk memberi kebajikan dan melindungi kepentingan ahli-ahlinya.

Kelebihan koperasi:
  1. Keuntungan dan kebajikan kepada ahli koperasi.
  2. Liabiliti kepada ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan.
  3. Koperasi mempunyai pelanggan tetap yang terdiri daripada ahlinya.
  4. Mewujudkan semangat kerjasama dan bantu-membantu antara ahli.
  5. Bersifat lebih demokratik.

Kelemahan koperasi:
  1. Diuruskan oleh ahli yang mungkin kurang pengalaman. kurang profesinal dan bermasalah.
  2. Dikuasai oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam koperasi.
  3. Sebahagian kecil sahaja ahli yang aktif.
  4. Modal bergantung sepenuhnya kepada yuran dan keuntungan yang kecil.
  5. Kurang daya saing kerana ditadbir oleh bukan profesional dan modal terhad.
  6. Operasi adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.

Jadual 2.0  Ringkasan : perbezaan kempat-empat entiti perniagaan di atas :

Dimensi
Milikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Berhad
Koperasi
keahlian
seorang
Sekurang-kurang 2 dan tidak melebihi 20 orang
2 hingga 50 orang-sdn bhd.
2 hingga tiada had-awam berhad.
100 hingga infiniti
pendaftaran
Pendaftar perniagaan
Pendaftar perniagaan
Pendaftar syarikat
Pendaftar Koperasi
Kawalan undang-undang
Akta Perniagaan 1956
Akta Perkongsian 1961
Akta Syarikat 1965
Akta Koperasi 1995
Cukai
Cukai perseoranagn
Cukai perseorangan
Cukai atas untung syarikat
Cukai dikecualikan
Entiti
Tidak berasingan
Tidak berasingan
Entiti berasingan
Entiti berasingan
Sumber modal
Simpanan sendiri, ahli keluarga
Rakan kongsi
Saham ahli
Saham ahli dan yuran bulanan / tahunan


AKTIVITI PERNIAGAAN

Terdapat dua kategori utama:
  1. Pengeluaran
  2. Perkhidmatan

Pengeluaran
  • Aktiviti menghasilkan barang untuk dijual.
  • Jenis aktiviti pengeluaran:

1.       Ekstraktif
  • Mengeluarkan atau mengekstrak bahan mentah daripada perut bumi tanpa mengubah bentuk asalnya. Contoh pembalakan,perlombongan dan perladangan.

2.       Barangan Konsumer
  • Barangan yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan sendiri atau keluarga. Contoh gula, minyak dan sabun.

3.       Barangan Industri
  • Barangan yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula atau diproses semula untuk menghasilkan barangan baru atau barangan yang dibeli untuk membantu operasi perniagaan. Contoh bahan kimia dan jentera, minyak masak untuk kegunaan di restoran dan mesin jahit untuk menjahit pakaian yang ditempah oleh pelanggan.

4.         Pembuatan
  • Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.Contoh : getah digunakan untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan.

5.         Pemasangan
  • Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap. Contoh komponen elektrik dipasang untuk menghasilkan TV dan radio.



Perkhidmatan
  • Aktiviti melibatkan penawaran barang tidak nampak.
  • Jenis aktiviti perkhidmatan:

  1. Runcit
a.             Mendapatkan bekalan barang daripada pemborong untuk dijual kepada pengguna.                                                                                                                              memecah pukal,memperagakan barangan,memberi perkhidmatan dan ;
b.                  khidmat selepas jualan.

2.   Borong
·   Membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit atau pelanggan.
a.                  Tugas: memecah pukal dan membungkus semula barang dalam kuantiti yang lebih kecil dan menyediakan pengangkutan untuk mengagihkan barang.

3.   Kewangan
·         Menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna.
·         Contoh : bank, syarikat insurans, syarikat amanah saham dan syarikat sekuriti.

4.   Profesional
·         Menawarkan perkhidmatan yang khusus.
·         Contoh: firma perakaunan, firma guaman, klinik perubatan.

5.   Perhotelan
·  Aktiviti perhotelan menawarkan perkhidmatan penginapan,makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi untuk pelancong.

6.   Pendidikan
·         Pendidikan secara formal untuk menyediakan sumber tenaga manusia.



SEKTOR

Jadual 3.0 Pengkelasan Sektor.

          Sektor awam
       Sektor swasta
     Badan berkanun
Definisi; organisasi yg dimiliki, dibiayai dan diuruskan oleh pihak kerajaan.
Firma yg dimiliki individu atau organisasi samada syarikat tempatan /asing secara persendirian
Agensi kerajaan yg diperbadankan dan bertanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus.
Tujuan:melaksanakan dasar-dasar, meningkatkan kebajikan rakyat dan membangunkan negara
Mendapatkan keuntungan maksimum.
Membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan mengawal kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Contoh: kementerian kesihatan, jabatan polis
Sime Darby, Federal Publication Sdn Bhd
Bank Agro
KWSP,PERKESO

Peranan Sektor Awam

·      Menggubal dasar dan peraturan agar dapat menggalakkan pembangunan sektor swasta.
·               Memastikan agar peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.
·               Mengeluarkan lesen/permit kpd perniagaan supaya boleh beroperasi.
·               Menyediakan kemudahan awam utk perniagaan dan masyarakat tempatan.
·             Menyediakan tenaga kerja yang mahir dlm pelbagai bidang bagi membangun aktiviti pereniagaan.
·            Menggalakkan  pertumbuhan sektor-sektor penting dalam negara melalui pemberian insentif tertentu.



Peranan Sektor Swasta

  • Mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pengguna.
  • Mewujudkan peluang kerajaan dan mengurangkan kadar pengganguran.
  • Menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui pembayaran cukai keuntungan.
  • Mengembangkan industri sampingan.
  • Mewujudkan penempatan baru.
  • Memindahkan teknologi luar ke dalam negara.


Peranan Badan Berkanun

  • Melibatkan dlm bidang sosioekonomi yg tidak diceburi pihak swasta.
  • Menyediakan rancagan pembagunan ekonomi mengikut fungsi masing-masing dan melaksanakan rancangan tersebut.
  • Mengawasi agar peraturan atau undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.
  • Mengeluarkan lesen kepada perniagaan supaya dapat beroperasi.
  • Memberi latihan dan membantu menyediakan tenaga kerja mahir.
  • Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi melalui bantuan kewangan.


Tahap Perniagaan

Jadual 4.0 Tahap Perniagaan
      Primer
        Sekunder
          Tertiar
Pengeluaran sumber semulajadi / bahan mentah dari perut bumi tanpa mengubah bentuk asalnya.
Aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan mentah yg didapati daripada aktiviti primer dan  menukarkan kepada barang siap/separuh siap.
Aktiviti perkhidmatan yang dijalankan selepas sesuatu barangan dihasilkan, membantu melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan.
Contoh: aktiviti pembalakan, perlombongan, perikanan dan penternakan.
1. Pemprosesan buah kelapa   sawit menjadi minyak kelapa sawit.
2. Getah cair dijadikan getah kering.(barang separuh siap)

Perkhidmatan pengangkutan, insurans, pergudangan


Jadual 5.0 Jenis Perniagaan Huluan & Hiliran

           Perniagaan  Huluan
                Perniagaan Hiliran
  • Melibatkan aktiviti primer berasaskan sumber semulajadi.
  • Aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dpt dilakukan.
  • Perniagaan yang wujud selepas aktiviti perniagaan huluan.
  • Memproses bahan mentah menjadi barang siap untuk dipasarkan.
Contoh:
Syarikat Petronas menjalankan aktiviti cari gali minyak.
Aktiviti primer mengeluarkan kayu balak, akan mewujudkan aktiviti huluan menghasilkan perabot.






Jadual 6.0 Jenis Perniagaan Domestik & Antarabangsa

           Perniagaan Domestik
         Perniagaan Antarabangsa
Aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam negara untuk pasaran tempatan
Aktiviti perniagaan yang dijalankan dengan negara luar samada import/eksport
Tidak melibatkan pertukaran mata asing-satu jenis matawang 
Melibatkan pertukaran wang asing-pelbagai jenis matawang
Melibatkan dokumen yang sedikit
Melibatkan dokumen yang banyak dan rumit
Pasaran sempit
Pasaran luas


Kriteria Dalam Menentukan Saiz Perniagaan

  • Tenaga kerja
  • Modal
  • Output
  • Saiz pasaran

Perniagaan Kecil - perniagaan industri desa

Kekuatan
  1. Mendapat galakan kerajaan.
  2. Menghasilkan keluaran yang tidak dapat dihasilkan oleh firma besar.
  3. Menyokong industri besar-bekal bahan mentah.
  4. Dapat mempromosi keluaran berasaskan kemahiran tangan.

Kelemahan
  1. Modal kecil
  2. Perniagaan sukar berkembang
  3. Masalah pemasaran
  4. Pengurusan yang lemah
  5. Sukar dapat bekalan


Peranan Firma Kecil Dalam Industri

  1. Menyokong pertumbuhan firma besar.
  2. Menyediakan kepakaran khusus.
  3. Mengurangkan kos pengeluaran.
  4. Menjimatkan kos penyimpanan.
  5. Bekalan yang berterusan.


No comments: