10 November, 2011

KURSUS INDUKSI PP-PPT / PP-PPD-PPB (26-27/11/2011)


  • KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI - PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PP-PPT)
  • KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI / PEGAWAI PENGESAH DALAMAN / PENGURUS PUSAT BERTAULIAH (PP/PPD/PPB)
_____________________________________________________________________________________

Tarikh Kursus      :  
 26 - 27 November 2011

Masa                       :  
8.30 am - 5.00 pm

Tempat Kursus    : 
  • DEWAN HANG NADIM -  (INDUKSI PP-PPT)
  • DEWAN TUN TEJA -  (INDUKSI PP-PPD-PPB)
HOTEL PERMAISURI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA (klik http://www.mitcchainhotel.com )

Yuran Kursus :
RM 350.00 seorang


Sila hubungi 012-9171808 untuk maklumat lanjut. 



APA ITU PPT?



Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. 

Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal. 

SIAPAKAH YANG LAYAK DIBERI PENGIKTIRAFAN?
Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

SIAPA YANG BOLEH MEMOHON?
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

INFO TERKINI MENGENAI PPT:
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi bidang kemahiran :
1. Pemandu Pelancong
Permohonan PPT adalah dibuka untuk Pemandu Pelancong yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR) berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.

NOSS yang terlibat adalah :
  • Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat (HT-021-2),
  • Pemandu Pelancong (HT-023-3) ; dan
  • Pemandu Pelancong Alam Semulajadi (HT-025-3)
Sila rujuk syarat tambahan bagi permohonan ini yang telah ditetapkan: Syarat Tambahan Bagi Permohonan PPT Bidang Kemahiran Pemandu Pelancong (HT-021-2, HT-023-3, HT-025-3)

2. Penjagaan Kanak-kanak
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah menetapkan syarat tambahan bagi permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang Penjagaan Kanak-Kanak berkuatkuasa 1 Julai 2011.
NOSS yang terlibat adalah :
  • Penjaga Kanak-kanak (MP-010-2),
  • Penjaga Kanan Kanak-kanak (MP-010-3),
  • Penyelia Pusat Jagaan (MP-010-4),
  • Pengurus Pusat Jagaan (MP-010-5),
  • Penjaga Pusat Jagaan Kanak-kanak (CC-010-2) dan
  • Penjaga Kanan Pusat Jagaan Kanak-kanak (CC-010-3)
Sila rujuk syarat tambahan bagi permohonan ini yang telah ditetapkan:

Program VTO/VTE/VTM Fast Track
 
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi program VTO/VTE/VTM    Fast Track telah dibuka kepada individu yang berkelayakan. Bagi syarat dan prosedur permohonan sila rujuk Panduan yang ditetapkan.


Kurikulum SLDN termasuk yang didaftarkan di dalam Daftar NOSS 2011 tidak boleh dipersijilkan melalui Kaedah PPT.
Adalah dimaklumkan bahawa semua Kurikulum SLDN termasuk yang didaftarkan di dalam Daftar NOSS 2011 tidak boleh dipersijilkan melalui Kaedah PPT.

Nota Makluman Umum:

Laman blog ini hanya sebagai pemudahcara kepada sesiapa yng inginkan peningkatan tahap kemahiran melalui Kursus-Kursus yang dianjurkan. Terdapat beberapa maklumat yang diperolehi dari laman web http://www.dsd.gov.my. untuk rujukan serta makluman umum. Maklumat lanjut, sila hubungi pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).



Semakan status pengeluaran Sijil melalui kaedah PPT boleh di semak melalui laman web www.ejpk.gov.my

No comments: