23 September, 2009

Sinopsis Kursus Pegawai Latihan Vokasional - Tahap 3 ( VTO-Level 3 )

Tempoh Kursus : Teori (360jam)

Teori (Separuh/Sepenuh Masa)

Amali (720jam - Latihan Intenship - dipusat bertauliah )

Syarat Peserta :
Tenaga Pengajar SKM atau sesiapa individu yang berminat yang ingin menjadi sebagai Tenaga Pengajar.
  • Sijil Kemahiran Malaysia Minima Tahap

Keterangan mengenai kursus I-031-3 :



• Dikuatkuasakan pada Februari 2005 MLVK/T100L(P4)



• Diwajipkan kepada semua Pegawai Penilai Sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia.

• Supaya Pegawai Penilai Kompeten dalam proses penyampaian (Methodologi) latihan vokasional.


Peluang Kerjaya :

• Berpeluang menjadi tenaga pengajar di Pusat-Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
• Berpeluang sebagai pengajar bebas di mana-mana pusat latihan swasta.

• Berkemahiran di dalam teknik mengajar dengan metadologi yang bersistematik.

• Berpeluang untuk mempertingkatkan ilmu pengajaran yang dinamik.

• Berpeluang untuk membuka atau membangunkan Pusat Latihan Kemahiran di dalam bidang kemahiran tertentu, dimana Sijil Teknik Mengajar (Pegawai Latihan Vokasional I-031-3) adalah pra-syarat untuk tujuan tersebut.


KANDUNGAN MODUL
Peserta kursus akan menjalani kursus sepenuh atau separuh masa selama tempoh 360 jam Teori dan 720 jam Amali. Kursus ini boleh dijalankan di Pusat Bertauliah peserta ataupun penganjur.


Peserta kursus akan mengikuti Kuliah Teori dimana terdapat 11 tajuk modul yang telah disusunatur dan diselaras oleh pihak JPK.
Tajuk modul adalah seperti berikut :



Modul 1 – Supervision, Mentering, Coaching & Councelling

 Modul ini menerangkan bagaimana seorang pengajar perlu tahu untuk mengawalselia pelatih dengan kaedah memberi nasihat, motivasi, mentor, melatih, menyelia dan kaunseling pelatih supaya pelatih dapat menyesuaikan diri mereka dan boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang diikutinya.


Modul 2 – Training Safety and Security Administration

Modul ini menerangkan bagaimana seorang pengajar perlu tahu untuk menguruskan pengawalan keselamatan dan kesihatan yang sihat di tempat kerja dan boleh membuat tuntutan kemalangan yang berlaku.


Modul 3 – Designing Program


Modul ini menerangkan bagaimana membuat Analisa Pekerjaan dan Analisa Pengajaran dengan membangunkan garis panduan kursus serta membangunkan Pengajian Kursus (Course Of Study) dan menyediakan Jadual Latihan mengikut bidang kursus peserta.



Modul 4 – Teaching and Learning Resources development


 
Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah untuk menyedia dan membangunkan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah membangunkan bahan penulisan pembelajaran (Written Instructional Material). Setelah menyedia dan membangunkan bahan pengajaran, peserta juga ditunjukajar bagaimana untuk menyedia Plan Mengajar dan Alat Bantuan Mengajar bagi tujuan persediaan sebelum memulakan sesi pembelajaran.



Modul 5 – Assessment Tools Development


Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah untuk membangunkan serta menyediakan bahan Penilai Pengetahuan dan Prestasi serta perancangan untuk menjalankan sesi penilaian Teori (pengetahuan) dan Amali (Prestasi).


Modul 6- Instructional Delivery


Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah penyediaan kemudahan pengajaran & pembelajaran dan menjalankan sesi latihan persembahan pembelajaran Teori dan Amali. Modul ini penting bagi seorang pengajar dimana penilaian persembahan akan dijalankan oleh Pegawai Penilai terhadap peserta.



Modul 7 – Implementation of Competency Based Training (CBT)


Modul ini menerangkan kepada peserta kaedah menjalankan Latihan Berasaskan Ketrampilan. Dimana peserta perlu merancang, menguruskan, membangunkan, menjalankan serta menilai latihan berasaskan ketrampilan.


Modul 8 – Training Facility Maintenance


Modul ini menerangkan kepada peserta bagaimana tugas sebagai seorang pengajar perlu menguruskan penyelenggaraan dan mengemaskini kemudahan latihan serta menyediakan permohonan pembelian peralatan, bahan latihan serta alatan tangan bagi melancarkan program latihan kepada pelatih.



Modul 9 – Implementation Of Assessment


Modul ini menerangkan kepada peserta bagaimana untuk menjalankan sesi Penilaian Pengetahuan di Bilik Kuliah dan Penilaian Prestasi di Bengkel atau di Makmal kepada pelatih.


Modul 10 – Validation Of Assessment


Modul ini adalah kesinambungan dari modul 5 dan 9 dimana modul ini menerangkan kepada peserta mengenai analisa keputusan hasil dari Penilaian Ujian Pengetahuan dan Prestasi perlu dibuat bagi menyatakan gred bagi setiap pelajar serta penentuan kualiti pembelajaran tersebut berdasarkan hasil penilaian. Dimana peserta perlu menyediakan laporan hasil analisa keputusan tersebut.



Modul 11 – Co-Curiculum Activities


Modul ini menerangkan bagaimana seorang tenaga pengajar perlu menyedia, mengurus, menjalankan serta menilai aktiviti ko-kurikulum di Pusat Bertauliah terhadap pelatih. Ini bertujuan agar setiap kumpulan pelatih dapat membina jatidiri melalui aktiviti ko-kurikulum yang diikuti samada melalui Pasukan Beruniform, Persatuan atau kelab.





** Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami ***








No comments: